Thursday, August 12, 2010

~apa salah ku~

apa lah salah baby ni sehingga dilayan seperti binatang..sudah hilangkah nilai kemanusiaan sebagai makhluk yg mempunyai akal fikiran.baby secomel ini sanggup di dera sehingga begini rupa.sedangkan haiwan menyayangi anak mereka dari terancam..inikan pula manusia..sudah hilang kah rasa syg, sudah hilangkah akhlak dalam diri,sudah hilangkah pemikiran sehingga bertindak seperti binatang yang tidak mempunyai akal fikiran yang waras..dalam diri sehingga baby ini diperlakukan sebegini.tahukah wahai manusia Anak adalah anugerah yang tidak ternilai,hadirnya dalam hidup kita bukan tempat utk melepaskan rasa marah,tetapi harus dilayan dan dibelai dengan rasa tanggungjawab dan kasih syg..

Anak adalah kurniaan dari Allah s.w.t hasil dari rasa cinta dan kasih antara 2 insan..kehadirannya dinanti2 bagi mereka yang tidak berpeluang mempunyai anak sendiri,bahkan sesetengah insan sanggup berhabisan duit utk mendapatkan cahaya mata dengan ikhtiar yang berbagai,namun....bagi mereka yang tidak tahu menilai apa itu erti kasih syg,anak dianggap beban,ank dianggap sebagai penganggu rumahtangga,astaqfirullahalazim..buka matamu wahai manusia yang berfikiran serong seperti itu,sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
“Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali pada 3 perkara iaitu; Sedekah jariah, Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya dan anak yang soleh yang tidak lupa mendoakan ibu bapanya.”
 fikir-fikirkan....renung-renungkan...sesungguhnya hanya dari Allah kita datang,dan kepadaNya jua kite pergi..
apa yg dilakukan didunia, akan dihitung semula diakhirat,dan tidak akan terlepas dosa mu walau sebesar zarah...

No comments:

Post a Comment